Saturday, March 19, 2011

im in L.O.V.E ~

dulu..
q pernah ilang dye...
saat tue..
q ase kos0ng ngat2..
0uh please..
still ada bf time tue..
tp xhappy ngn "dye"...
c0z q cme nk dye...
cme dye...
tp please arh....
jgn tnye q...
npew q suke dye ngat2 keyh....
c0z q xde jawapn tuk s0klan tue...
q suke sume ada pd dye...
bukan rupa...
bukan harta...
tp...........................................
sungguh...q suka jiwa dye...
suke ngat2....
hurm.....
please...
let we being t0gether...
f0rever....
hurm...
i wish...
q xm0h da ilang dye agy.....

Friday, March 18, 2011

resipi cinta????hahahahahaha



BAHAN-BAHANNYA


1 tin cerita

2 keping hati yang masih muda
1 mangkuk besar pengertian
2 tin keimanan kepada Tuhan
2 biji tomato pengharapan
1 mangkuk keyakinan
1/2 sudu cemburu
1 mangkuk perjodohan
cubitan mesra, serta gurauan sepatutnya (secukup rasa)

CARA - CARANYA :


Mula - mula bukakan tin cerita dan keluarkan isinya.
Potong kedua-dua keping hati dan letakkan ke dalam mengkuk pengertian untuk mencegah daripada pertukaran perasaan.
Tuangkan kepercayaan dan pengertian.
Kemudian letakkan ke dalam mangkuk perjodohan, dihiaskan dengan potongan cemburu dan cubitan sesuka hati masing- masing.
Campurkan tomato pengharapan dan disusun untuk hiasan.
Letakkan ia ke dalam mahligai yang indah supaya ianya tercegah dari penggodaan.
Canpuran ini lebih manis rasanya jika masa itu dilalui dengan sefahaman kedua-dua belah pihak keluarga.


Jumlah perbelanjaan: Mengikut kemampuan kedua-dua keping hati.
Masanya: Darah Muda

Resepi ini boleh dicuba bila bila masa sahaja asalkan cukup bahan-bahannya.

Agak² berkesan tak?? Selamat Mencuba






aku tak tahu..........


Apa nak jadi dengan manusia,
semua benda nak kongsi bersama,
air segelas minum berdua,
konon setia katanya.
Yang lagi dahsyat,
berjalan kemana-mana pun nak berdua,
dah macam tak ada orang lain kat dalam ini dunia,
macam belangkas sentiasa berdua.
Inilah bahana orang bercinta,
bercinta tapi tak tau apa itu CINTA.
Inilah sekarang punya remaja,
maaf andai terkasar bahasa,
bukan mengutuk bukan mengata,
semuanya realiti benar belaka.
Ada yang kata cinta itu buta...betul ke?
Kalau buta dimana matanya?
Ada yang kata cinta itu gila...
macam-macam pengertian remaja,
pening kepala dibuatnya.
Lagi teruk yang kata cinta itu untuk sementara,
untuk buat suka-suka,
untuk seronok-seronok saja.
Ada yang kata cinta itu,
C - cinta
I - itu
N - nikmati
T - tubuh
A - anda
tak ke melampau namanya?!
Manusia manusia...
Muda-muda dah gatal nak bercinta,
konon dah cukup remaja,
tapi makan pakai pun mak bapak yang jaga,
dah tak tau nak cakap apa,
kalau ditegur bukannya nak dengar kata,
bila nasihat ada-ada saja jawapannya..
darah muda... macam tu la gayanya...
Mula-mula kenal sms dan chat saja,
bila dah lama kenal mulalah ajak berjumpa
dari berkawan jadi bercinta.
Bila dah bercinta...
Bila dah bercinta macam2 ragamnya,
sesaat tak berjumpa macam setahun lamanya,
itulah kata-kata manis si dia.
Bila berjumpa nak berdua aja,
konon nak privasi katanya,
dia tak tau ada orang ketiga,
yelah benda tak nampak di mata.
Mula-mula bercinta semua cantik di mata,
yang panas pun sejuk katanya.
Manusia manusia...
Inilah permainan dunia...
benar kata orang cinta itu buta,
tapi kalau buta dimana matanya...
Inilah yang buat aku tertanya-tanya.
Cinta tidak akan datang kalau tak dicari,
cinta takkan dapat kalau tak diberi...
Betul ke?
Sukar untuk aku percaya...
Tapi inilah hakikatnya.
Mind is the greatest gift,
gunakan lah sebaiknya.
Cintailah Yang Maha Mencintai...


S.E.T.I.A ?????

Cinta adalah sesuatu yang sangat indah sekiranya kedua-dua pasangan saling setia antara 1 sama lain. Setiap pasangan kekasih pasti mengharap boleh memiliki seorang kekasih yang mencintai dengan seikhlasnya. Jom kita imbas ciri-ciri Pencinta Setia:

1. Orang yang mencintai tidak dapat memberikan alasan kenapa dia mencintai kekasihnya, yang dia tahu dimatanya hanya ada satu-satunyanya kekasih yang disayanginya.

2. Menerima apa adanya, dimatanya kekasihnya adalah yang tercantik atau tertampan walaupun mungkin sebenarnya kekasihnya tu ndakla juak cantik sangat macam Lisa Surihani atau setampan Farid Kamil.

3. Selalu ingin tau apa2 saja yang kekasihnya lalui sepanjang hari. contohnya call atau SMS kekasihnya tu tanya "wat pa tu?", jgnla rimas ngan soalan ni, soalan2 mcm ni selalunya bukti kekasih kita tu ambil berat & sentiasa ingat ngan kita.

4. Sentiasa atau setiap hari send sms seperti kata-kata "slmt pagi" "I love you" "I miss you" "slmt malam", walaupun dia tau mungkin SMS tu tidak berbalas. Tapi SMS tu adalah ikhlas lahir dari hatinya.

5. Selalu mengingati setiap detik2 manis yang dilalui bersama, dan mungkin sejarah yang kita sendiri lupa, tapi pasangan kita tu ingat dengan terperinci dari tarikh, masa dan tempatnya.

6. Selalu mengingati setiap kata-kata yang kita ucapkan, dan mungkin kata2 itu kita sendiri dah lupa tapi si dia masih segar mengingatinya.

7. Orang yang mencintai akan belajar menyukai apa-apa yang kita suka walaupun sebenarnya dulu si dia tidak pernah minat mau ambil tau tentang semua yang kita suka.

8. Kalau kita sedang sakit, si diala orang yang paling risau dan sentiasa bertanyakan kabar tentang sakit yang kita alami tu dan sentiasa mendoakan supaya kita cepat sembuh.

9. Sekiranya kita bagitau si dia yang kita bakal menduduki ujian, si dia mula sibuk menanyakan bila hari ujian itu. Dan apabila tiba masanya si dia akan ingat untuk menghantar sms seperti kata "good luck" atau menelefon untuk memberikan kata2 semangat sebelum ujian bermula.

10. Orang yang mencintai akan memberikan suatu barang berharga miliknya walaupun mungkin barang itu dianggap biasa bagi diri kita & Orang yang mencintai akan selalu merasa ingin berada di sisi kita dan rasa ingin menghabiskan hari-harinya bersama.

11. Orang yang mencintai sering melakukan perkara-perkara yang tidak dijangka seperti malar menelefon sampai berkali-kali dalam sehari, atau membangunkan ditengah malam dengan menghantar sms atau call. Sebab si dia tiba-tiba teringat & terlalu merindui untuk mendengar suara.

12. Orang yang mencintai kadang2 merindukanmu sampai dia melakukan perkara2 yang membuat kita sendiri rasa rimas serta bosan, dan apabila kita mengatakan bahawa tindakannya itu mengganggu, dia akan minta maaf dan ndak kan melakukannya lagi.

13. Orang yang mencintai kita akan mengajar dengan penuh sabar jika kita memintanya untuk mengajar sesuatu walaupun mungkin diri kita ni orang yg paling susah mau kena ajar.

14. Kalau sport-check HP orang yang kita cintai tu, nama kitalah yg memenuhi sebagian besar "INBOX"nya. Dia masih menyimpan SMS dari kita walaupun mungkin SMS itu sudah berbulan2 atau bertahun2 yang lalu.

15. Jika suatu saat kita terpisah darinya, dan tiba2 merindukannya dan ingin memberinya kesempatan untuk kembali, dia akan ada disana menunggumu karena dia ndak kan pernah mencari orang lain. Selalu setia menunggu sehingga kita kembali padanya....




ntah la....tp pok0k pangkal kt aty kter sndri kn??????

aiii..bler la aq akan dpt pasagn gnie kn?????lalalalalala <~.0>

Saturday, December 4, 2010

biLa hAti xLey nk KatE pEW~

q serah segala ketentuan

biar lama sayang berbicara

di pangku wajah yang layu

dan aq telah jemu

aq x mahu berpaling

pada yang menganggu dan mengugat

sabarnya meletihkan diri

hadirnya mengundang penat

akanku serah cinta ini

bukan lagi pada manusia

kerana cinta martabat itu

bersalut segunung kepalsuan dan kepuraan

aq semakin tidak peduli

apa yang munkin akan terjadi

kerana gerak dan tindakanku

mahu bebas dari masalah

kuserahkan cinta ini

hanya padamu oh Tuhan

aq adalah aq sekarang

biar terbuang tetap berjuang

akanku serahkan jiwa ini

sepenuh hati ngan keikhlasan

aq adalah aq yang sekarang

kuserahkan cinta.............ini